Thursday, 22 December 2011@09:23
jejaknya aku ke pusat beli-belah itu ,
pelbagai memek muka ,
isyarat tangan dan berjuta lautan perasaan .
hadirnya aku disitu
untuk memenuhi masa terluang ku bersama teman,
teman yang sudah kian lama tidak bersua bertentang mata
bertukar pelbagai cerita menjadi seperti tukang karut lagaknya
tetapi sedang aku dan sahabat aku
melangkah untuk berjumpa teman lama ku
dari jauh mata ku meliar melihat ada pelbagai pasang mata yang tidak ku kenali
aku kumpulkan semangat dan keberanian untuk berjumpa mereka semua
mereka bijak , pandai berkata-kata ,pintar mengatur langkah
apabila satu abjad telah diutarakan maka beribu abjad menunggu untuk dibicarakan
jauh dari sudut hatiku ,
aku menunggu seseorang yang dipanggil jejaka
ya,jejaka yang telah cuba mengambil hati ku
cuba mengisi penuh namanya di dalam hati ku
hampir 100 peratus hati ku dipenuhi namanya
tapi kemunculan bagai menuggu bitang bercinta bersama bulan
hancur hati apabila dia tidak hadir .
tetapi tanpa kehadirannya tidak boleh mematahkan perasaan ku untuk bersuka ria,
aku akan terus mengisi masa ku dengan senyum tawa
dan melepaskan kerinduaan yang terbuku dihati
kala itu pelbagai perkara ,ragam manusia telah ku lihat dan lakukan
alangkah lagi bertambah indah jika adanya si dia di sisi ku ketika itu
aku melihat temanku berdebar-debar
berdebar-debar menunggu buah hati yang mungkin menemaninya sepanjang hidupnya
akhirnya kemunculan buah hati temanku tiba
dan dari sisi pandangan aku ,
aku dapat melihat keindahan percintaan di mata mereka
mereka sangat bahagia , sangat gembira ,sangat serasi
memang takdir mereka untuk bersama
fikiran ku melayang alangkah indahnya jika dia di sini
pasti aku turut menyusuri keindahan seperti di syurga
detik berlalu bersama senyuman yang lalu
masa untuk berpisah telah tiba
masa amat menceburui apabila kita tengah bahagia
aku melangkah keluar dari pusat beli-belah dengan seribu satu perasaan
dan seribu satu kenangan di setiap penjuru bangunan
selamat tinggal kenangan ,selamat tinggal memori
kau telah membuat aku tersenyum hari ini
mid valley
21/12/2011